1277196-10-1317415845670_large

memang manusia tu dicipta kan dengan pengetahuan yang terbatas, aku tau aku tak boleh tolak takdir atau salahkan takdir, tapi sebenarnya kita boleh berusaha untuk ubah takdir tu.
ya tu yang aku lupa nak buat selama ney.
aku admit yang aku banyak termenung bila ada masalah , aku lupa yang Allah boleh tolong aku. Mungkin sebab tu aku sentiasa rasa down,
#wake up mien , everybody make mistakes. learn from it :')

kadang-kadang aku terfikir ,
 'kalau aku tau benda ney nak jadi,mesti aku tak buat dulu'
aku tau ramai yang pernah fikir macam tu, tapi bila ingat balik, semua yang kita nak buat dan ending nya adalah benda buruk bukan salah kita sebab tu takdir kita kan? 
lainlah kau terlanjur dan mengandung anak luar nikah, ha yang tu kau tahu akibat tapi saje cari pasal kan? k keluar topik*

dulu aku memang manusia gembira , masa tu aku ada semua orang yang aku nak.
aku ada boyf , aku ada kawan-kawan baik aku,
aku gembira macam aku nak.
sekarang pun aku ada dorang , cuma aku hilang rasa gembira.
mungkin Allah nak uji aku lebih kan, tu rahsia Dia.
Allah menguji hamba-Nya yang mampu terima ujian kan?
mungkin aku mampu cuma aku tak kuat nak hadap benda ney sorang-sorang. Tapi entah kenapa aku suka diam sorang-sorang sekarang walaupun aku tau aku boleh share benda ney dengan kawan-kawan aku. Aku tau aku boleh gembira bila sampai masa nanti, ;')

aku bukan nak 'konon-konon' baik buat entry macam 'poyo-poyo' alang, entah kenapa malam ney otak aku ligat fikir apa yang jadi kat aku sekarang.
hidup ney karma , kau bagi kau dapat. baik kau bagi , insyaAllah baik jugak kau dapat.
seriously sekarang aku lebih sensitif dengan perasaan orang lain.
Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang.

THANK YOU FOR READING MY ENTRY ♥

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT - NYONYA YASMIEN BLOGGER